Jumaat, April 24, 2009

Surah Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Al-Fatihah merupakan salah satu bacaan terpenting dalam solat. Sekiranya bacaan kita tidak betul dan tiada usaha untuk memperbaikinya, tidak salah sekiranya dikatakan sia-sia dan hanya penat sahaja seseorang itu melakukan kewajipan solat. Kesempatan ini, rasa terpanggil untuk berkongsi satu perkara yang mungkin atau tidak pernah kita perasan akan bahaya kalau silap, cuai, lalai, atau kurang ilmu berkaitan bacaan dalam Al-fatihah yang boleh membawa kepada makna yang berbeza seterusnya menyebabkan malaikat melemparkan kembali solat yang kita kerjakan..Berikut adalah contoh bacaan dalam Al Fatihah yang maknanya menjadi nama Syaitan sekiranya kita silap sebut atau baca..Nauzubillah..Semoga boleh dimanfaat dan dijadikan pengajaran bersama..
Nama Syaitan :
1. ..DU LI LAH.. (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya ..DULILLAH..
2. ..HIR ROB.. (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ..HI ROB..
3. ..KIYYAU.. (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ..KI YAU..
4. ..KANNAK.. (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ..KA NAK..
5. ..KANNAS.. (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ..KA NAS..
6. ..IYA.. (disebut tanpa sabdu) sepatutnya ..IYYA..
Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"
7. SIROTHOLLAZI sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
Dan perkataan AMIN.. hendaklah disebut dengan betul iaitu AA... dua harakat, MIN.... 3 harakat. Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat InsyaAllah.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya. InsyAllah ...

Kreatifnya Manusia

Dunia teknologi hari ini memang tak dapat disangkal dan kadang-kadang kite xsedar bila perubahan dalam satu2 teknologi tu dibawa masuk dalam hidup kita.. Namun, kekreatifan manusia mengubah, mencipta dan mempelbagaikan kegunaan sesuatu benda memang patut dipuji.. Contoh penggunaan komputer gedabak/PC/desktop yang dipelbagaikegunaankan oleh manusia2 kreatif nih sangat menerujakan aku..

Betul la ungkapan "manusia itu pelbagai dan yang pelbagai itu adalah manusia" (mrbro,2009).. Jom layan gambar2 yg sempoi nih..huhu


Si Tikus

Robotik

Kapal Terbang

Pokok Ape Tah

Actly banyak lagi gambar2 bkaitan tapi kemalasan untuk upload gambar2 tersebut dek kepantasan wrless USM yang cam ha ra alip mim jim alip dal alip ha.. Pape pun, gambar2 tersebut memang mnunjukkan ada manusia yang kepala hotak diorang memang mempunyai tahap imaginasi lagi kreativiti yang tinggi.. Hidup ni macam2 ada..

Kepada mereka2 yang dirasa ada kelebihan, kreativiti atau pape yg berkaitan 2, cube la try la test la buat sesuatu yg boleh dijadikan komersial..Bukan untuk aku tp untuk korang jugak..Aku cume leh tolong heboh2kn je hasil karya korang..Selamat Mencuba.. :p




























Mari Relax..

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat.. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer... Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut..

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer....! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer..
Doktor : Pulak..

MAYAT
Cikgu : Mamat, sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Mamat : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.
Cikgu : Erkk..?

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".
Bapa : ???

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa ....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!" setelah diperiksa....
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..." Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?" Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh..Kijam sungguh..

Khamis, April 23, 2009

United Oh United..

Hanya enam halangan lagi..


Fergie jangka United lalui ujian getir untuk buru kejuaraan EPL ke-18.
LONDON: Manchester United kini ada enam halangan getir lagi dan rata-rata ia bukan bukan perjalanan selesa ke arah mengecapi mahkota kejuaraan liga ke-18 seperti diharapkan, sebaliknya anak didik Alex Ferguson terpaksa berhempas pulas sepanjang musim menuju ke garisan penamat dengan penuh kesukaran. Kemenangan 2-0 ke atas Portsmouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi semalam jelas dilakukan tanpa aksi menarik dan pantas seperti diharapkan penyokong United, tetapi yang penting mereka berjaya merampas mata penuh yang dinilai amat berharga.
Ia bukan satu kebimbangan buat Ferguson. Baginya, apa yang penting ialah, United mengharungi enam perlawanan liga berikut tanpa sebarang masalah, bermula dengan pertemuan tempat sendiri menentang Tottenham Hotspur, esok.
"Itu satu lagi perlawanan sudah berlalu dan kami dalam posisi lebih selesa sekarang ini berbanding Isnin lalu," kata Ferguson selepas gol dari Wayne Rooney dan Michael Carrick meletakkan pasukannya tiga mata mengatasi Liverpool, yang seri 4-4 dengan Arsenal, Selasa lalu. "Kami mendapat sedikit amaran malam ini dan harap-harap kami akan belajar daripadanya." Liverpool akan berdepan Hull City di tempat lawan, esok, dalam perlawanan yang akan berakhir sebelum United memulakan perlawanan menentang Tottenham, maka mereka mungkin sekali lagi mendapati berada di bawah musuh ketat mereka melalui perbezaan gol.
Bagaimanapun, United sudah membuktikan diri mereka pakar dalam mengharungi saat genting ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan hanya sedikit orang akan bertaruh menentang mereka pada peringkat ini, terutama sekali selepas mereka tampak sudah bangkit daripada kemerosotan singkat Mac lalu apabila kalah kepada Liverpool dan Fulham. Apapun, Ferguson tidak menyembunyikan rasa marah terhadap pemainnya yang disifatkan suka leka dalam perlawanan itu ketika memiliki peluang menyumbat banyak gol. "Saya berasa kami perlu bangkit andai berpandu kepada aksi hambar babak kedua. Kami tampak bermain dengan terlalu leka dan boleh mendahului lima atau enam gol pada babak pertama," katanya. - Reuters
(Bharian 24/4/2009)
Go United..Go United..hahaha

Ahad, April 19, 2009

Sungai Tukun

Santai kat Sungai Tukun, Taman Negara Pulau Pinang..





Sepanjang berada kat USM nih..banyak la jugak aktiviti yang menyeronok lagi menenangkan kepala hotak aku..Salah satunya lepak kat Sungai Tukun, Taman Negara P.Pinang..Tempat nih memang menarik dan tenang..Ku kira sesuai la bagi insan-insan yang suka aktiviti riadah dan mencari ketenangan macam aku..Bukan la disebabkan tension atau stres dek study atau pape, cuma sekadar memenuhkan masa lapang bersama kawan2..


Mungkin korang leh la cuba try test pi Sungai Tukun then tau la apa yang menarikk kat sana..Mula-mula dulu aku pi dengan geng-geng cikgu (zubed n the geng),then aku pi dengan rumate aku (mat pit), pas tu tambah peserta (zarizi otai), lepak dengan budak2 HBP (kebetulan diorang pun mai masa kitorang mai) and last aritu kami mai dengan Geng 7 Beradik..Haha tahap keseronokan mandi,lepak,santai n macam2 aktiviti kt Sg.Tukun memang dirasai..Hope pasni kalo ada masa rase nak ajak set2 Grapok Grachey plak pi situ..hahaha




Geng HBP Geng 7 Brdik

...Hidup Memang Menyeronokkan...

Jumaat, April 17, 2009

Visit Melaka 2009

VISIT MELAKA 2009




6-9 Februari 2009 tpahat satu lg kngn yg bleh dkatekan indah & kdg2 nk buat aku tgelak dek bbrp insiden yg mnyayat hati..haha sungguh bunguk ble dkenang kmbali ape yg blaku..Tp scara kseluruhan mmg bpuas hati sbb PURNAMA bjaya gak bwk 2 bus blk ke Melaka spt thn sblmnya..mmg stress gak nk jlnkn 1 prgrm yg agak gah lbh2 lg b'kakitgn kn 5 org (pd awl) then tggl 3 org yg jd ampama dr awl pjlnn smpai pulang ke USM..





Aku,Padil,Jai..3 ampama yg bmati2an mgurus sume2 xkire sblm,smasa shga la slmt smpai ke USM..Alhamdulillah xde blaku pape kjadian yg xdiingini spnjg prgram..(actly prgrm xde insurans sbb xsmpat..haha) seb baik xde pape..






Kpd sume psrta Visit Melaka 2009, thanks coz support prgrm PURNAMA..muge kalian bpuas hati dgn aktviti yg dsediakan oleh phk pnganjur..hehe..memang bes..sempoi,sporting mat saleh,minah arab,mat iran and mcm2 bangsa..cayaala..


Makaaseeehh sumer...Hope Visit Melaka 2010 pulak...

Khamis, April 16, 2009

Lagi-Lagi Lawak

Lawak 1 : Kreatif
Dalam kelas, matapelajaran Matematik Permulaan, cikgu bertanyakan soalan..
"Ada 3 ekor burung di atas pokok.. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi baki yg tinggal di atas pokok?"
Adik Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu".
"Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.
"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."
"hmm salah tu Mat! Jawapan yg betul tentulah 2, 3 tolak 1 sama dengan 2.. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir"..kreatif' ..tambah cikgu tu lagi.
Ketika waktu rehat, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Sambil menikmati aiskrim yg dihadiahkan oleh Cikgu nya itu, Adik Mat tetiba bertanya..
"Cikgu.., ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu makan dgn style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"
Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat tapi cuba berlagak neutral cikgu pun jawab,
"Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu la kot.."
"Salah cikgu.., yang ade pakai cincin laa yang dah kahwin... Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir".. kreatif..
Cikgu pn tsengeh2 cm org sembelit..
hehehe... mat..mat..ati kau mmg keras..
Lawak 2 : Siapa Bangang
Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut..
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!
"Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya b*ng*ng... ni laki dia la!
"Jururawat: "Pulak... "
Lawak 3 : Siapa Paling Jahil

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni.Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" . Maka apbl hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan..
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam.
"Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang. Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2. Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam.
Si Ciko pun terus kedepan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji le si Ciko ni...
Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "Heehee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. Heeheee..."
Tok imam pun terkedu & terpana..Hadooiii...