Selasa, Jun 09, 2009

Kawan dan Kekasih

Aku cam tertarik ngan frasa bait-bait yang dimuat dalam isu hangat..just nk kungsi2..

Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH...dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH...ANDA tergolong dari yang mana...???
hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati ...berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....
Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..?KAWAN pengubat kesunyian,KEKASIH penyembuh kelukaan.
Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?KAWAN tempat mengadu,KEKASIH tempat bermadu.
Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak bisa disisih...KAWAN menghulurkan bantuanKEKASIH menghulurkan sokongan.
Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan...KAWAN sekuntum senyuman,KEKASIH sepenuh perhatian.
Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu...?
KAWAN sejujur kata,KEKASIH setulus setia..
KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman..
tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita.
JIKA KAWAN itu KEKASIH...dan KEKASIH itu KAWAN...perlu lah dihadiahkan "Sedalam lautan Setinggi kayangan" kerana "Kasih sayang tiada sempadan"
tapi sayang...KEKASIH tetap KEKASIH...KAWAN tetap KAWAN...
perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..

pape yang kite wat atas dunia ni semestinye blandaskan kjujuran dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi..tak kira la sama ada kte ske ke tidak, bagi aku kte perlu korbankn sket "kehebatan" dalam diri kte agar kmesraan tjalin dan xla blaku benda-benda yang menyakitkan jiwa..kawan dan kekasih..bagi aku kedua-dua penting dan ada kepentingannya..hahaha layaann..

Jumaat, April 24, 2009

Surah Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Al-Fatihah merupakan salah satu bacaan terpenting dalam solat. Sekiranya bacaan kita tidak betul dan tiada usaha untuk memperbaikinya, tidak salah sekiranya dikatakan sia-sia dan hanya penat sahaja seseorang itu melakukan kewajipan solat. Kesempatan ini, rasa terpanggil untuk berkongsi satu perkara yang mungkin atau tidak pernah kita perasan akan bahaya kalau silap, cuai, lalai, atau kurang ilmu berkaitan bacaan dalam Al-fatihah yang boleh membawa kepada makna yang berbeza seterusnya menyebabkan malaikat melemparkan kembali solat yang kita kerjakan..Berikut adalah contoh bacaan dalam Al Fatihah yang maknanya menjadi nama Syaitan sekiranya kita silap sebut atau baca..Nauzubillah..Semoga boleh dimanfaat dan dijadikan pengajaran bersama..
Nama Syaitan :
1. ..DU LI LAH.. (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya ..DULILLAH..
2. ..HIR ROB.. (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ..HI ROB..
3. ..KIYYAU.. (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ..KI YAU..
4. ..KANNAK.. (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ..KA NAK..
5. ..KANNAS.. (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ..KA NAS..
6. ..IYA.. (disebut tanpa sabdu) sepatutnya ..IYYA..
Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"
7. SIROTHOLLAZI sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
Dan perkataan AMIN.. hendaklah disebut dengan betul iaitu AA... dua harakat, MIN.... 3 harakat. Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat InsyaAllah.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya. InsyAllah ...

Kreatifnya Manusia

Dunia teknologi hari ini memang tak dapat disangkal dan kadang-kadang kite xsedar bila perubahan dalam satu2 teknologi tu dibawa masuk dalam hidup kita.. Namun, kekreatifan manusia mengubah, mencipta dan mempelbagaikan kegunaan sesuatu benda memang patut dipuji.. Contoh penggunaan komputer gedabak/PC/desktop yang dipelbagaikegunaankan oleh manusia2 kreatif nih sangat menerujakan aku..

Betul la ungkapan "manusia itu pelbagai dan yang pelbagai itu adalah manusia" (mrbro,2009).. Jom layan gambar2 yg sempoi nih..huhu


Si Tikus

Robotik

Kapal Terbang

Pokok Ape Tah

Actly banyak lagi gambar2 bkaitan tapi kemalasan untuk upload gambar2 tersebut dek kepantasan wrless USM yang cam ha ra alip mim jim alip dal alip ha.. Pape pun, gambar2 tersebut memang mnunjukkan ada manusia yang kepala hotak diorang memang mempunyai tahap imaginasi lagi kreativiti yang tinggi.. Hidup ni macam2 ada..

Kepada mereka2 yang dirasa ada kelebihan, kreativiti atau pape yg berkaitan 2, cube la try la test la buat sesuatu yg boleh dijadikan komersial..Bukan untuk aku tp untuk korang jugak..Aku cume leh tolong heboh2kn je hasil karya korang..Selamat Mencuba.. :p




























Mari Relax..

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat.. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer... Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut..

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer....! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer..
Doktor : Pulak..

MAYAT
Cikgu : Mamat, sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Mamat : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.
Cikgu : Erkk..?

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".
Bapa : ???

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa ....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!" setelah diperiksa....
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..." Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?" Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh..Kijam sungguh..

Khamis, April 23, 2009

United Oh United..

Hanya enam halangan lagi..


Fergie jangka United lalui ujian getir untuk buru kejuaraan EPL ke-18.
LONDON: Manchester United kini ada enam halangan getir lagi dan rata-rata ia bukan bukan perjalanan selesa ke arah mengecapi mahkota kejuaraan liga ke-18 seperti diharapkan, sebaliknya anak didik Alex Ferguson terpaksa berhempas pulas sepanjang musim menuju ke garisan penamat dengan penuh kesukaran. Kemenangan 2-0 ke atas Portsmouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi semalam jelas dilakukan tanpa aksi menarik dan pantas seperti diharapkan penyokong United, tetapi yang penting mereka berjaya merampas mata penuh yang dinilai amat berharga.
Ia bukan satu kebimbangan buat Ferguson. Baginya, apa yang penting ialah, United mengharungi enam perlawanan liga berikut tanpa sebarang masalah, bermula dengan pertemuan tempat sendiri menentang Tottenham Hotspur, esok.
"Itu satu lagi perlawanan sudah berlalu dan kami dalam posisi lebih selesa sekarang ini berbanding Isnin lalu," kata Ferguson selepas gol dari Wayne Rooney dan Michael Carrick meletakkan pasukannya tiga mata mengatasi Liverpool, yang seri 4-4 dengan Arsenal, Selasa lalu. "Kami mendapat sedikit amaran malam ini dan harap-harap kami akan belajar daripadanya." Liverpool akan berdepan Hull City di tempat lawan, esok, dalam perlawanan yang akan berakhir sebelum United memulakan perlawanan menentang Tottenham, maka mereka mungkin sekali lagi mendapati berada di bawah musuh ketat mereka melalui perbezaan gol.
Bagaimanapun, United sudah membuktikan diri mereka pakar dalam mengharungi saat genting ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan hanya sedikit orang akan bertaruh menentang mereka pada peringkat ini, terutama sekali selepas mereka tampak sudah bangkit daripada kemerosotan singkat Mac lalu apabila kalah kepada Liverpool dan Fulham. Apapun, Ferguson tidak menyembunyikan rasa marah terhadap pemainnya yang disifatkan suka leka dalam perlawanan itu ketika memiliki peluang menyumbat banyak gol. "Saya berasa kami perlu bangkit andai berpandu kepada aksi hambar babak kedua. Kami tampak bermain dengan terlalu leka dan boleh mendahului lima atau enam gol pada babak pertama," katanya. - Reuters
(Bharian 24/4/2009)
Go United..Go United..hahaha

Ahad, April 19, 2009

Sungai Tukun

Santai kat Sungai Tukun, Taman Negara Pulau Pinang..





Sepanjang berada kat USM nih..banyak la jugak aktiviti yang menyeronok lagi menenangkan kepala hotak aku..Salah satunya lepak kat Sungai Tukun, Taman Negara P.Pinang..Tempat nih memang menarik dan tenang..Ku kira sesuai la bagi insan-insan yang suka aktiviti riadah dan mencari ketenangan macam aku..Bukan la disebabkan tension atau stres dek study atau pape, cuma sekadar memenuhkan masa lapang bersama kawan2..


Mungkin korang leh la cuba try test pi Sungai Tukun then tau la apa yang menarikk kat sana..Mula-mula dulu aku pi dengan geng-geng cikgu (zubed n the geng),then aku pi dengan rumate aku (mat pit), pas tu tambah peserta (zarizi otai), lepak dengan budak2 HBP (kebetulan diorang pun mai masa kitorang mai) and last aritu kami mai dengan Geng 7 Beradik..Haha tahap keseronokan mandi,lepak,santai n macam2 aktiviti kt Sg.Tukun memang dirasai..Hope pasni kalo ada masa rase nak ajak set2 Grapok Grachey plak pi situ..hahaha




Geng HBP Geng 7 Brdik

...Hidup Memang Menyeronokkan...

Jumaat, April 17, 2009

Visit Melaka 2009

VISIT MELAKA 2009




6-9 Februari 2009 tpahat satu lg kngn yg bleh dkatekan indah & kdg2 nk buat aku tgelak dek bbrp insiden yg mnyayat hati..haha sungguh bunguk ble dkenang kmbali ape yg blaku..Tp scara kseluruhan mmg bpuas hati sbb PURNAMA bjaya gak bwk 2 bus blk ke Melaka spt thn sblmnya..mmg stress gak nk jlnkn 1 prgrm yg agak gah lbh2 lg b'kakitgn kn 5 org (pd awl) then tggl 3 org yg jd ampama dr awl pjlnn smpai pulang ke USM..





Aku,Padil,Jai..3 ampama yg bmati2an mgurus sume2 xkire sblm,smasa shga la slmt smpai ke USM..Alhamdulillah xde blaku pape kjadian yg xdiingini spnjg prgram..(actly prgrm xde insurans sbb xsmpat..haha) seb baik xde pape..






Kpd sume psrta Visit Melaka 2009, thanks coz support prgrm PURNAMA..muge kalian bpuas hati dgn aktviti yg dsediakan oleh phk pnganjur..hehe..memang bes..sempoi,sporting mat saleh,minah arab,mat iran and mcm2 bangsa..cayaala..


Makaaseeehh sumer...Hope Visit Melaka 2010 pulak...

Khamis, April 16, 2009

Lagi-Lagi Lawak

Lawak 1 : Kreatif
Dalam kelas, matapelajaran Matematik Permulaan, cikgu bertanyakan soalan..
"Ada 3 ekor burung di atas pokok.. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi baki yg tinggal di atas pokok?"
Adik Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu".
"Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.
"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."
"hmm salah tu Mat! Jawapan yg betul tentulah 2, 3 tolak 1 sama dengan 2.. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir"..kreatif' ..tambah cikgu tu lagi.
Ketika waktu rehat, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Sambil menikmati aiskrim yg dihadiahkan oleh Cikgu nya itu, Adik Mat tetiba bertanya..
"Cikgu.., ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu makan dgn style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"
Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat tapi cuba berlagak neutral cikgu pun jawab,
"Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu la kot.."
"Salah cikgu.., yang ade pakai cincin laa yang dah kahwin... Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir".. kreatif..
Cikgu pn tsengeh2 cm org sembelit..
hehehe... mat..mat..ati kau mmg keras..
Lawak 2 : Siapa Bangang
Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut..
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!
"Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya b*ng*ng... ni laki dia la!
"Jururawat: "Pulak... "
Lawak 3 : Siapa Paling Jahil

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni.Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" . Maka apbl hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan..
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam.
"Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang. Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2. Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam.
Si Ciko pun terus kedepan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji le si Ciko ni...
Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "Heehee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. Heeheee..."
Tok imam pun terkedu & terpana..Hadooiii...

Grapok Grachey - BBQ

Kalo da lapar mmg xpndang kamera..Aduhai



"Set2 kito memey malaaatoop" kata Poksu..


..BBQ 2009..Kenangan Set2 Grapok Grachey..
..nak gmbr yg lain carik la apih kape..haha..








BBQ Grapok Grachey

Sedar xsedar dah 3 thn duk kt bumi minden nih..mcm2 pkjaan,bnde baru,aktiviti,n mcm2 yg aku dah buat..klo nk kira blk mmg leh skt otak..tp sume yg aku wat kbyknnye mmg best, sempoi, dan mgumbirekan ati..pendek kate mcapai kpuasan tanpa batasan..
Tapi dlm bab idup aku bsama team Grapok Grachey (GG), BBQ last yg dismpurnakan oleh khadirn YDP Prof. Madya Azmi Said dan teman2 yg lain kira aktviti GG yg pling myentuh ati..
Ku kira BBQ kali ni best among BBQ yg pnh dbuat sbb mlm tu set2 GG dwajibkan b'ucap spatah dua..Mmg asalnya dirncang oleh NYDP bsama S/U..Dan dlm hepi2 2 ade gak trase sket ksedihan wlopon xdluahkn scra zahir (baget sedey)..Tp mlm 2 Rizal Kedah nyaris2 menangis.. (feel lebey kot) hahaha...
Thanks pade YDP yg sanggup mai wlopon time aku msg gtau nk wat BBQ dlm kul 12 tghari duk ada kt Kuala Lumpur (sorry boss potong stim nk honeymoon), Poksu slaku NYDP yg xprnah ptus asa wlopon slalu ptus bkalan air..hehe..Mie Piah (beli brg kt tesco extra), Apit (ikut aku carik brg yg xde lg smpai ke maghrib) dan semua yg tlibat mnjayakan prgram kite mlm 2..Korang mmg BEST..
Pape pn, jdkan sgale aktvti yg djalankan sbg tanda kenangan P'SAHABATAN antara kita semua..HIDUP GRAPOK GRACHEY untuk semua..muaahahahaaha...

Lawak Bengong

Lawak 1 : Bapa Pandai

beckham bertanya kepada bapanya...

beckham : pak, betul ke make love tu best?
bapak : haah.. samalah best macam kamu korek hidung kamu..
beckham : tapi betul ke org pompuan lagi rasa best?
bapak : kalo kamu korek hidung, hidung kamu ke jari kamu yang rasa best..?
beckham : tapi kenapa org pompuan tak suka diperkosa?
bapak : kalo kamu jalan2, tetiba ada org nak korek hidung kamu... kamu suka tak..?
beckham : betul ke tak boleh buat tu masa datang bulan?
bapak : kalo hidung kamu berdarah, kamu nak korek jugak ke..?
beckham : kenapa org lelaki tak suka buat tu pakai kondom?
bapak : kamu suka tak korek hidung masa pakai sarung tangan..?
beckham : waaahhh... bapak ni pandailah! bapak…. :)

Lawak 2 : Keluarga 69

Beberapa tahun lepas Sameon jumpa seorang janda bernama Semah yang mempunyai anak dara bernama Melati. Sameon berkahwin dengan Semah dan Melati adalah anak tiri Sameon. Selepas itu bapa kepada Sameon, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Sameon, Melati. Ini membuatkan Melati, mak tiri kepada Sameon yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Sameon, Jamrud adalah anak tiri Sameon dan memjadikan Semah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya. Selang beberapa bulan kemudian, Melati anak kepada isteri Sameon, Semah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Sameon. Tetapi Jarul adalah anak kepada Melati, anak kepada isteri Sameon, Semah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Sameon, Semah. Sekaligus menjadikan Sameon datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi. Selepas itu, Sameon dan Semah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Melati, anak tiri Sameon dan juga Mak mertua Sameon menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Sameon, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Sameon yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Sameon, Jadi sekarang, Sameon adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Sameon, Semah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Melati... Anak Sameon, Jarul adalah sepupu kepada ayah Sameon, Jamrud dan Sameon adalah datuk kepada dirinya sendiri... muahahahahahahahhahaha...isk isk isk...nennooo..nennooo..neenooo..nenoooo.. phewiiittttt tebabooooooooooo... aku pening... aku sindiri naik fening menterjemahkan semua nih..siaall..

Lawak 3 : Lembu dan Sosej

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia cakap dgn bapak dia..

Anak : Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....
Bapak : Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia ni lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...
Anak : Erkk..??

Camping Sedim

Tarikh 4 Januari 2009 tetap xleh dilupekan..Camping kat Air Terjun Sedim jd antara kenangan manis buat geng Grapok Grachey yg smemangnye sempoi lg meriah..
2 biji van 2 biji kete kte gerak pi Sedim mandi2, masak2, men kotak beracun yg dhasilkn mase urusetia on the way pi Sedim, men pelampong ikut arus deras, lompat dr tmpt terjun yg cm siulan tinggi,sggh nasik ayam periuk besar, n mcm2 lg kngn yg xdpt dlupekn..
Plg xleh lupe time nk trjun dr platform kt air trjun..ngilu jer..mlm plak pok ju ngn skill usha awek yg tsendiri, pok ley plak gelek dangdut n mcm2..haha..
Thanks 2 all sbb support n sporting mse kte rmai2 bsantai kt Sedim..

Rabu, April 15, 2009

SELAMAT DATANG

* MaTa HaTi JiWa *
Tidak lain hanya sekadar meluaskan jaringan perhubungan dan persahabatan yang selama ini ku kira tidak begitu diperlukan..Juga sekadar menjadi medan berkongsi dan menjana idea serta pandangan dan maklumat..
.. Dengan MATA aku melihat ..
.. Dengan HATI aku berkata ..
.. Dengan JIWA aku merasa ..