Khamis, April 23, 2009

United Oh United..

Hanya enam halangan lagi..


Fergie jangka United lalui ujian getir untuk buru kejuaraan EPL ke-18.
LONDON: Manchester United kini ada enam halangan getir lagi dan rata-rata ia bukan bukan perjalanan selesa ke arah mengecapi mahkota kejuaraan liga ke-18 seperti diharapkan, sebaliknya anak didik Alex Ferguson terpaksa berhempas pulas sepanjang musim menuju ke garisan penamat dengan penuh kesukaran. Kemenangan 2-0 ke atas Portsmouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi semalam jelas dilakukan tanpa aksi menarik dan pantas seperti diharapkan penyokong United, tetapi yang penting mereka berjaya merampas mata penuh yang dinilai amat berharga.
Ia bukan satu kebimbangan buat Ferguson. Baginya, apa yang penting ialah, United mengharungi enam perlawanan liga berikut tanpa sebarang masalah, bermula dengan pertemuan tempat sendiri menentang Tottenham Hotspur, esok.
"Itu satu lagi perlawanan sudah berlalu dan kami dalam posisi lebih selesa sekarang ini berbanding Isnin lalu," kata Ferguson selepas gol dari Wayne Rooney dan Michael Carrick meletakkan pasukannya tiga mata mengatasi Liverpool, yang seri 4-4 dengan Arsenal, Selasa lalu. "Kami mendapat sedikit amaran malam ini dan harap-harap kami akan belajar daripadanya." Liverpool akan berdepan Hull City di tempat lawan, esok, dalam perlawanan yang akan berakhir sebelum United memulakan perlawanan menentang Tottenham, maka mereka mungkin sekali lagi mendapati berada di bawah musuh ketat mereka melalui perbezaan gol.
Bagaimanapun, United sudah membuktikan diri mereka pakar dalam mengharungi saat genting ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan hanya sedikit orang akan bertaruh menentang mereka pada peringkat ini, terutama sekali selepas mereka tampak sudah bangkit daripada kemerosotan singkat Mac lalu apabila kalah kepada Liverpool dan Fulham. Apapun, Ferguson tidak menyembunyikan rasa marah terhadap pemainnya yang disifatkan suka leka dalam perlawanan itu ketika memiliki peluang menyumbat banyak gol. "Saya berasa kami perlu bangkit andai berpandu kepada aksi hambar babak kedua. Kami tampak bermain dengan terlalu leka dan boleh mendahului lima atau enam gol pada babak pertama," katanya. - Reuters
(Bharian 24/4/2009)
Go United..Go United..hahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan