Jumaat, April 24, 2009

Surah Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Al-Fatihah merupakan salah satu bacaan terpenting dalam solat. Sekiranya bacaan kita tidak betul dan tiada usaha untuk memperbaikinya, tidak salah sekiranya dikatakan sia-sia dan hanya penat sahaja seseorang itu melakukan kewajipan solat. Kesempatan ini, rasa terpanggil untuk berkongsi satu perkara yang mungkin atau tidak pernah kita perasan akan bahaya kalau silap, cuai, lalai, atau kurang ilmu berkaitan bacaan dalam Al-fatihah yang boleh membawa kepada makna yang berbeza seterusnya menyebabkan malaikat melemparkan kembali solat yang kita kerjakan..Berikut adalah contoh bacaan dalam Al Fatihah yang maknanya menjadi nama Syaitan sekiranya kita silap sebut atau baca..Nauzubillah..Semoga boleh dimanfaat dan dijadikan pengajaran bersama..
Nama Syaitan :
1. ..DU LI LAH.. (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya ..DULILLAH..
2. ..HIR ROB.. (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ..HI ROB..
3. ..KIYYAU.. (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ..KI YAU..
4. ..KANNAK.. (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ..KA NAK..
5. ..KANNAS.. (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ..KA NAS..
6. ..IYA.. (disebut tanpa sabdu) sepatutnya ..IYYA..
Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"
7. SIROTHOLLAZI sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
Dan perkataan AMIN.. hendaklah disebut dengan betul iaitu AA... dua harakat, MIN.... 3 harakat. Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat InsyaAllah.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya. InsyAllah ...

3 ulasan:

  1. mmmm..bro thanks for the information
    bahaya gak kan kalau salah baca
    just like every parts is tricky

    BalasPadam
  2. almost welcome..sekadar bkongsi ilmu yg ada..
    prkara ni mmg penting sesgt..so klo leh kte kgsi2 la ngn kwn2

    BalasPadam
  3. tul2 tu..
    nnt kalau ade ilmu2 agama len kongsi arr
    ok..ddaaa

    BalasPadam